Gambar ni aku snap di belakang rumah je. Ada beberapa perkara menarik mengenai belalang ni. Pertama, bagi orang yang suka sangat kepada perkara-perkara misteri, belalang ni dipanggil belalang palesit iaitu yang merujuk kepada hantu pelesit!. Keduanya, kepada petani-petani, semua jenis belalang adalah makhluk perosak tanaman yang perlu dihapuskan jika berada dalam kawasan penanaman. Belalang ini adalah dari family Acrididae (Orthoptera). Ketiganya, kepada diri aku, belalang ini adalah friendly enviroment iaitu sejenis serangga yang boleh berubah warna mengikut keadaan persekirataran di sekelilingnya. Kebiasaanya ia hanya boleh berubah kepada warna hijau dan coklat perang sahaja. Ini adalah satu unsur penyamaran yang membolehkannya sentiasa selamat daripada serangan pemangsa.

